Program ini mendapat jalinan kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dan Smk Rusila
 
Objektif program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak berkenaan situasi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Disamping itu juga untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkenaan tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa, penjaga kanak-kanak sendiri atau komuniti apabila terlibat dengan kes tersebut.
 
Pusat Sebaran maklumat Nasional (NADI) NADI Taman Desa Permai, Nadi Kg Sentol Patah , NADi Kg. Alur Limbat, NADI Binjai Rendah, NaDi Kg Pulau Kerengga -Page dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Pantai Merchang turut sama memberi taklimat Buli Siber dengan CyberGrooming dan booth pameran, ianya bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepekaan dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar sekolah, mengenai keselamatan internet.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.