LATAR BELAKANG
Puan Suhaila adalah suri rumah yang berniaga kecil-kecilan di online dan offline. Beliau memulakan perniagaan beliau dengan membuat kuih koci leleh dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan beliau. Seterusnya beliau telah meningkatkan lagi kemahiran dalam membuat kuih dengan mengambil kelas masakan di bawah didikan pusat masakan Kemas Merchang.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Penglibatan beliau di PEDi adalah masih baru iaitu pada 2018 semasa beliau ingin membuat resume untuk belajar masakan di Pusat Masakan KEMAS Merchang
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Melalui kelas ict yang diceburi dapat meningkatkan ilmu beliau dalam membantu mempromosi produk makanan beliau. Beliau telah pandai menggunakan platform laman social facebook untuk mempromosi barangan beliau di facebook.
LATAR BELAKANG
Norhaslinda adalah salah seorang sukarelawan PEDi yang masih baru, beliau juga adalah peserta MIV PIkg pantai merchang dan juga ahli KOSPEN Merchang yang giat aktif apabila sering menghadirkan diri pada setiap program yang PEDi jalankan. Beliau menjalankan perniagaan menjual keropok yang di usahakan oleh keluarga beliau dan jika ada kelapangan beliau akan berkunjung ke PEDi untuk mengasah kemahiran dalam penggunaan computer. Walaupun kurang mahir dalam penggunaan computer tetapi beliau sangat suka belajar dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Pada kali pertama beliau datang ke PEDi , beliau banyak meminta tunjuk ajar dan cara untuk menggunakan computer kerana beliau kurang mahir dalam penggunaan computer.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Apabila beliau ada kelapangan, beliau akan menghadirkan diri dalam aktiviti yang diadakan di PEDi dan selalu menggunakan computer dalam memahirkan diri untuk mengasah kemahiran beliau dalam software-software yang beliau belum mahir.
LATAR BELAKANG
Puan Muhasleny adaalah seorang guru Pintar Al-Quran yang mengajar di TABIKA Kemas Merchang, beliau juga membuat jualan kuih muih dan cakes untuk meningkatkan pendapatan ekonomi keluaarga beliaubeliau adalah seorang Pelajar di Pusat Masakan KEMAS Merchang bagi meningkatkan lagi kemahiran dalam membuat kuih dengan mengambil kelas masakan di bawah didikan pusat masakn Kemas Merchang.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Penglibatan beliau di PEDi pada 2016 adalah untuk belajar computer dan mencari resepi-resepi yang baru untuk perniagaan beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Melalui kelas ict yang diceburi dapat meningkatkan ilmu beliau dalam membantu mempromosi produk makanan beliau. Beliau telah pandai menggunakan platform laman social facebook untuk mempromosi barangan beliau di facebook.
LATAR BELAKANG
Pn. Lina adalah seprang suri rumah yang berjiwa usahwan, Beliau berkecimpung dalam bidang membuat kuih muih sudah lama dan telah mendapat pelbagai bantuan daripada pihak berwajib. Beliau adalah seorang suri rumah yang berdaya saing dengan melakukan segala aktiviti yang melibatkan perniagaan dan penjualan kuih-muih. Kuih muih yang diusahakan oleh beliau akan di hantar di kedai-kedai makan dan juga menjual secara online. Sedikit sebanyak pendapatan yang beliau perolehi dapat menampung sumber kewangan dalam keluarga beliau.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Penglibatan beliau di PEDi adalah masih baru iaitu pada 2018 semasa beliau ingin menggunakan komputer di PEDi.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Melalui kelas ict yang diceburi dapat meningkatkan ilmu beliau dalam membantu mempromosi produk makanan beliau. Beliau telah pandai menggunakan platform laman social facebook untuk mempromosi barangan beliau di facebook.
LATAR BELAKANG
Izzatul Sabrina adalah salah seorang Sukarelawan MIV Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Merchang. Beliau sangat berdedikasi dan suka mencari pengalaman yang baru. Beliau seorang graduan dari Kolej Komuniti Terengganu yang mengambil bidang fesyen dan pakaian.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Sebelum kedatangan beliau ke PEDi, beliau hanya berkunjung sebagai pelawat untuk menggunakan perkhidamatan fotostat tetapi apabila beliau tahu adanya kelas computer di PEDi beliau ingin menjadi sebahagian ahli PEDi untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam IT.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Pada setiap hari jika beliau ada kelapangan, beliau akan berkunjung ke PEDi untuk mencari info dan maklumat di computer dan memasuki kelas-kelas yang di anjurkan di PEDi.