SEJARAH KAMPUNG MERCHANG.

 

SEJARAH

Mungkin ramai di antara kita masih tidak mengetahui asal-usul Kampung Merchang ianya adalah sebuah perkampungan nelayan yang sudah lama wujud dengan kemudahan yang tersendiri. Mengikut buku sejarah Terengganu yang di karang oleh Buyung Bin Adil. Merchang pernah di catat salah sebuah daerah daripada 13 buah daerah di dalam Negeri Terengganu yang di bahagikan oleh Sultan Abidin 2 yang memerintah pada tahun 1881 hingga 1919.

Sultan Abidin 2 telah melantik Tengku Long yang berada di Singapura untuk mengawasi daerah Merchang manakala beliau mewakilkan kepada dua orang isterinya iaitu Tengku Long dan Tengku Safiah.

hasil utama daerah Merchang pada masa itu ialah pengusaha belacan dan ikan kering yang akan di hantar ke Singapura .

mengikut zaman dahulu, nama Merchang berkait rapat dengan " belacan " di sebabkan kemajuan pengeluaran belacan yang banyak dan enak sehingga menjadi buah mulut orang hingga ke Mersing dan Singapura..