Zainah binti Shahim Shah adalah seorang ahli PEDi yang berdaftar pada 25 November 2015. Beliau cemerlang dalam kehidupan sehariannya meskipun beliau seorang surirumah sepenuh masa dengan menjaga 7 orang anak. Dengan ilmu yang beliau ada dalam pembuatan songket dan pastry beliau telah mengorak langkah dengan membuat kelas pastry kepada sesiapa yang berminat untuk belajar pastry dengan beliau. Beliau bukan sahaja mengajar di kedai beliau yang bernama K.NA CULINARY yang bertempat di Kg Merchang malahan beliau juga turut mengadakan kelas di serata tanah air apabila mendapat panggilan daripada pelajar beliau yang semakin ramai di setiap negeri. Setiap kelas yang beliau adakan akan ditetapkan yuran untuk setiap pastry yang diajar. Dengan itu beliau dapat menambahkan lagi pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarganya disamping dapat menolong meringan beban perbelanjaan suaminya  yang berkerja sebagai seorang guru di S.M.K Merchang.

11221722 1092819704126788 1860224878371468677 n