Slide1

 

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan seorang suri rumah yang rajin berusaha bagi membantu pendapatan keluarga dengan membuka sebuah restoran masakan panas di Kampung Merchang. Beliau merupakan seorang AJK Pusat Masakan KEMAS Merchang. Semenjak kebelakangan ini, sambutan pelanggan ke kedainya sungguh memuaskan. Beliau telah memiliki SKM Tahap 1 bahagian penyediaan makanan dan sedang mengambil SKM Tahap 2 bakery pula.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Penglibatan beliau di PEDi adalah masih baru iaitu pada 2018 dengan mengikuti kelas ict di PEDi Kg Pantai Merchang..

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Melalui kelas ict yang diceburi dapat meningkatkan ilmu beliau dalam membantu mempromosi produk makanan beliau. Beliau telah pandai menggunakan platform laman social facebook untuk mempromosi barangan beliau di facebook.