HAIKAL

 

LATAR BELAKANG

Muhammad Haikal  adalah seorang ahli PEDi pada tahun 2015 yang masih setia megunjungi PEDi hingga sekarang. Beliau adalah seorang pelajar di sekolah kebangsaan menengah merchang yang mengambil jurusan PSV. Bagi beliau it merupakan kepentingan sebelum menjejakkan kaki ke menara gading kerana beliau suka belajar daripada asasnya lagi. Pada setiap kelapangan beliau akan hadir ke PEDi untuk membuat carian mengenai kerja kursus beliau dan juga mempelajari cara-cara penulisan menggunakan computer. Sehingga kini beliau masih mengunjungi PI dan membawa kawan-kawan beliau bersama-sama untuk mengenal it.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Pada permulaannya saya kurang tertarik dengan ICT tetapi apabila berkunjung ke PEDi telah membuka mata saya mengenai apa itu ICT yang sebenar dan saya banyak menghadirkan diri ke kelas ICT yang dijalankan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dahulunya minat sekarang saya telah pandai menggunakan software-software yang baru dalam meningkatkan kemahiran IT saya. Dahulunya pengetahuan IT  hanya asas sahaja dan sekarang  banyak memasuki kelas di Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Merchang dan ianya amat membantu dalam menyelesaikan tugas harian  seperti mencari bahan pembelajaran dalam internet dan juga mengunakan MS dalam presentation di sekolah.