LATAR BELAKANG
Puan Suhaila adalah suri rumah yang berniaga kecil-kecilan di online dan offline. Beliau memulakan perniagaan beliau dengan membuat kuih koci leleh dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan beliau. Seterusnya beliau telah meningkatkan lagi kemahiran dalam membuat kuih dengan mengambil kelas masakan di bawah didikan pusat masakan Kemas Merchang.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Penglibatan beliau di PEDi adalah masih baru iaitu pada 2018 semasa beliau ingin membuat resume untuk belajar masakan di Pusat Masakan KEMAS Merchang
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Melalui kelas ict yang diceburi dapat meningkatkan ilmu beliau dalam membantu mempromosi produk makanan beliau. Beliau telah pandai menggunakan platform laman social facebook untuk mempromosi barangan beliau di facebook.