LATAR BELAKANG
Pn. Azlida adalah seorang ahli PEDi pada 2019 yang sangat berdedikasi dalam perniagaan onlinenya. Beliau banyak menerima tempahan membuat kek dan kuih muih daripada pelanggan yang kian meningkat sejak daripada beliau menyiarkan pelbagai jenis kek dan kuih muih hasil daripada kemahiran dan minat beliau dalam bidang bakery.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Beliau mengenali PEDi berdasarkan guru KEMAS pusat masakan kemas merchang iaitu Pn karimah yang menjadi salah seorang ahli PEDi yang aktif. Beliau akan datang ke pi adalah untuk mencipta resepi baru dan ingin membuat menu resepi beliau tampak lebih menarik dan memerlukan tunjuk ajar daripada staff PEDi.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Apabila beliau sudah mahir dalam menggunakan computer dan cekap dalam menaip resepi kini beliau sudah pandai dan kreatif dalam membuat pelbagai design resepi untuk beliau sendiri dan mengajar anak didik beliau tentang bakery.