LATAR BELAKANG
Adik Adawiyah adalah seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa.Walaupun tugas sebagai seorang pelajar tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang usahawanita yang berjaya. Beliau menjual produk pewangi AMSHA di social media seperti Facebook, Shopee dan juga LAZADA.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Kedatangan beliau sebelum ini hanyalah untuk menggunakan internet dalam membuat kerja-kerja pembelajaran beliau. Tetapi apabila beliau mengetahui adanya kelas untuk usahawan yang selalu diadakan di PEDi beliau telah berminat untuk belajar cara editing foto dan video untuk di muat naik di media social.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Sebelum ini beliau hanya mengambil gambar produk tanpa memikirkan composition dan warna. Tetapi apabila mengikuti kelas di PEDi beliau pandai meletakkan produk pada kedudukan yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk beliau.