AIDIL

 

LATAR BELAKANG

En.Aidil adalah seorang usahawan yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Beliau memulakan bisnes catering aiskrim selepas meletak jawatan dengan bekerja di Kuala Lumpur dan berpindah ke kampung untuk menjadi usahawan sepenuh masa. Dengan kegigihan beliau pelbagai produk yang telah dihasilkan melalui syarikat ideal aiskrim beliau seperti doorgift coklat dan popcorn serta menjual paket soft aiskrim di shopee dan  fb. Beliau juga mendapat pertolongan daripada jabatan RISDA dan Lembaga KOKO Malaysia.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini En Aidil hanyalah datang sebagai pelawat sahaja kerana menggunakan khidmat fotokopi dan print. Tetapi apabila beliau sendiri terpanggil untuk memasuki kelas-kelas usahawan dan kelas editing produk untuk beliau meningkatkan jualan beliau di online. Beliau telah menjadi ahli PEDi pada 13 Ogos 2022.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau banyak menunjukkan minat apabila beliau telah memuatnaik pelbagai gambar produk beliau ke laman fb,Instagram dan shopee beliau setelah memasuki kelas-kelas yang diadakan di PEDi.Jumlah pendapatan jualan melalui shopee  meningkat naik sehingga mencecah RM5000.00 sebulan dan beliau telah memenangi pertandingan Usahawan Baru Digital yang dianjurkan PEDi.