ROSNIZA

 

LATAR BELAKANG

Bermula dengan sekadar minat membuat kuih muih dan Pastry Pn Rosniza mengorak langkah dengan mendalami ilmu masakan dalam Bidang Pastry di Pusat Masakan KEMAS Merchang dan kini beliau telah dapat melihat hasil kejayaan beliau dengan memperolehi jumlah pendapatan sebulan rm800 dengan menjual di Facebook dan Whatsapp.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau lebih gemar menjual secara offline tetapi beliau melihat platform media social lebih banyak mendapat sambutan dan beliau telah datang ke PEDi untuk mendalami cara untuk meningkatkan jualan beliau melalui media social.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Jika selama ini beliau berniaga secara offline seperti dari mulut ke mulut dan pendapatan beliau juga tidak menentu dan pelanggan beliau masih sedikit. Tetapi apabila beliau telah pandai menggunakan platform media social beliau telah dapat meningkatkan angka jualan beliau serta pendapatan beliau serta jumlah pelaanggan beliau di media social juga semakin meningkat.