LATAR BELAKANG
Bermula dengan perniagaan ini apabila melahirkan anak prem dan terpaksa berhenti kerja dan kini buat bisnes bermula daripada rumah dan dalam beberapa bulan mengambil keputusan untuk balik ke kampung dan membuat perniagaan di sana. Bermula dengan membuat coklat sendiri sehinggalah mempunyai kedai kedai dan telah mempelbagaikan jualan seperti coklat, kukis dan popcorn. Beliau menjadi ahli PEDi pada 1 Oktober 2020.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Sebelum ini lebih focus kepada offline kerana kurang mahir dalam marketing online.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Beliau telah berkunjung ke PEDi apabila terpanggil melalui pertandingan Usahawan Baru Online yang diadakan di PEDi Kg Pantai Merchang. Beliau telah mengikuti kelas online shopee dan telah meningkatkan hasil pendapatan beliau dari 1000 ke RM6000 dalam shopee online sahaja.