Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berhubung perkara diatas, pihak penganjur pertandingan Dashboard Komuniti 2018 ingin memaklumkan kepada semua pengguna Dashboard pertandingan Module My Shop akan dilanjutkan tarikh tutup penyertaan sehingga 15 Mei 2018. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti yang belum sempat menyertai pertandingan dan lebih ramai pengguna dashboard untuk turut serta. Selain itu juga ia juga memberi peluang kepada pengguna Dashboard yang mempunyai masalah menjawab soalan kuiz di mobile app masing-masing.

Sekian Terima Kasih.

Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen  Media Sosial #SayangMalaysia  melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.

Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih).

Untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia.