TUJUAN
Kelas puzzle KDB online diadakan untuk meningkatkan kebolehan memikir di kalangan para peserta.
AKTIVITI
Seramai 10 orang telah memasuki kelas pada kali ini. diadakan puzzle KDB Online ini dengan tindakan pantas para peserta mencari pelbagai tag nama mengenai KDB dan pemenang dipilih dengan siapa yang dapat nilai markah paling banyak dan yang paling cepat masa diambil.
TUJUAN
Memberi pendedahan tentang laman web jual beli mudah.com yang menyediakan portal iklaneka dalam talian untuk kedua-dua pembeli dan penjual yang cuba memikat komuniti Internet untuk transaksi perniagaan mereka. Iklan disiarkan di laman web Mudah.my.
AKTIVITI
Seramai 10 orang pelajar megikuti kelas pada kali ini dan pelbagai persoalan yang diutarakan mengenai mudah.com. semoga di akhir sesi kelas ini para pelajar dapat memanfaatkan apa yang telah diajar oleh pihak PI.
TUJUAN
kelas foto editing diadakan bertujuan untuk menarik bakat dan minat peserta dalam menyunting foto mereka sendiri untuk nampak lebih menarik. kelas ini juga mengetengahkan unsur kreatif dan inovatif para peserta dalam mengedit gambar-gambar untuk kelihatan lebih cantik dan menarik.
AKTIVITI
pada kelad kali ini ini seramai 10 peserta telah mengambil bahagian dalam menyunting gambar masing-masing. gambar diambil menggunakan web cam dan edit gambar menggunakan software www.fotor.com . pelbagai gambar yang menarik telah para peserta buat dan ianya dapat menggalakkan peserta mecuba pelbagai form yang unik untuk gambar kelihatan lebih menarik.
TUJUAN
program warga Pusat Internet Sihat diadakan bagi menyedarkan komuniti serta ahli Pi Kg Pantai Merchang tenteng pentingnya senaman bagi mewujudkan suasana sihat di kalangan komuniti setempat.
AKTIVITI
Seramai 15 orang peserta iaitu terdiri daripada ahli PI Kg Pantai Merchang yang menyertai program Sihat ini. senam Aerobik serta tekanan darah diambil sebelum dan selepas acara dimulakan.
TUJUAN
Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg Pantai Merchang bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Intelligence Sendirian Berhad iaitu kemudahan capaian internet, program kelas komputer, Dashboard Komuniti, Sebenarnya. my dan E-Rezeki. Hari bersama Komuniti Pusat Internet Kg Pantai Merchang juga mengetengahkan promosi dashboard yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet kg pantai Merchang.
AKTIVITI
Seramai 123 orang telah menyertai Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg Pantai Merchang pada kali ini. pelbagai aktiviti dijalankan seperti Taklimat Dashboard, Pemeriksaan kesihatan, download dashboard, kuiz dashboard, puzzle dashboard online, puzzle dewasa dan gubahan buku bersama pustaka desa merchang. Arinah Holdings dan Van Tm bergerak mempromosikan perkhidmatan masing-masing di perkarangan PI KG Pantai Merchang. Program kali ini dirasmikan oleh En. Fikri bin Muhammad Pengerusi Pusat Internet Kg Pantai Merchang, dan disaksikan oleh wakil daripada TM En. Nazaruddin bin Abu Bakar serta Wakil dari MSD Intelligence Sendirian Berhad iaitu En. Rosli bin Mat Yaman.