TUJUAN
Amali SKM PPT makanan dan pastri untuk peserta PUSAT MASAKAN KEMAS MERCHANG untuk ujian SKM PPT yang akan diadakan tidak lama lagi.
AKTIVITI
Seramai 25 orang telah menyertai kelas amali masakan ini dan dii harapkan mereka akan lulus dalam ujian peringkat skm nanti.
TUJUAN
Pi1M Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
AKTIVITI
Pemeriksaan Kesihatan dengan menggunakan I-Health. seramai 15 orang peserta elah menyertai bengkel my health pada kali ini.
TUJUAN
Memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada pelajar sekolah yang masih kurang pendedahan mengenai dashboard dan mendedahkan kepada peserta untuk mereka lebih celik dashboard dalam kehidupan seharian.
AKTIVITI
Seramai 10 orang peserta menyertai Aktiviti yang dibuat inidi pi1m kg pantai merchang. Pelbagai sesi soal jawab dibuat dan setiap peserta membuka laman dashboard dan staff telah mengajar aplikasi yang terdapat di dalam dashboard komuniti.
TUJUAN
Kelas adobe photoshop dengan membuat poster PPDK MERCHANG. kelas poster diadakan sempena pertandingan membuat poster untuk PPDK MERCHANG yang dianjurkan oleh PPDK MERCHANG yang akan tamat 7 mac 2018 ini.
AKTIVITI
Seramai 10 orang peserta menyertai pertandingan ini dan pelbagai motif logo yang telah dihasilkan oleh para peserta. pemenang akan diumumkan pada 10 mac 2018 di PPDK MERCHANG.
TUJUAN
Memperkenalkan ict kepada pelajar sekolah yang masih kurang pendedahan mengenai ict dan mendedahkan dunia ict kepada peserta untuk mereka lebih celik ict dalam kehidupan seharian.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti mengenai ict yang telah didedahkan kepada peserta yang menyertai kelas tersebut. dan sesi soal jawab telah dilakukan untuk peserta menyuarakan segala permasalahan selepas kelas tersebut.