TUJUAN
Pi1M Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
AKTIVITI
Hari Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kg Pantai Merchang telah membuat pelbagai aktiviti dalam menjayakan Hari Dashboard pada bulan ini iaitu dengan aktiviti seperti Taklmat dashboard dan E-waste, Pemeriksaan Kesihatan dengan menggunakan I-Health, Kuiz Dashboard komuniti, Bengkel promosi produk, cabutan bertuah,dan Sesi penerangan My Soal atau hebahan. Aktiviti kali ini telah mendapat kerjasama daripada KOSPEN dan Pustaka Desa Kg Merchang.
TUJUAN
Kelas Intel diadakan bertujuan untuk melatih para peserta dalam memulakan perniagaan. asas untuk sesuatu perniagaan itu adalah sangat penting dan para peserta seharusnya mempunyai pengetahuan dalam meningkatkan perniagaan mereka melalui kelas intel yang diajarkan kepada mereka dan seterusnya dapat membantu mereka dalam urusan perniagaan yang akan mereka ceburi.
AKTIVITI
Para peserta intel diajar mengenai asas keusahawanan berdasarkan modul yang diberi intel iaitu sebanyak 15 modul. Sesi pembelajaran modul ini dibahagikan kepada 2 sesi pada sebelah pagi dan peserta akan diajar modul 1-8 beserta latihan dijalankan mengikut buku panduan peserta pada sebelah petang pula modul 9-15. diakhir kelas ini peserta akan disoal untuk melihat kefahaman mereka mengenai intel dan apa yang telah mereka pelajari sepanjang kelas berlangsung.
TUJUAN
Kelas ini telah dibuat sempena menyambut bulan kemerdekaan Negara yang ke -60 tahun. seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti kelas yang dijalankan di bilik latihan pusat internet 1Malaysia Kampung Pantai Merchang.
AKTIVITI
Para peserta telah diajar cara yang betul untuk membuat kad ucapan sempena Kemerdekaan Negara yang ke-60 tahun. Para peserta juga di ajar cara yang betul untuk menyimpan sesuatu gambar yang diiginkan dan cara untuk menghilangkan latar belakang gambar tersebut. di akhir kelas ini para peserta akan dinilai berdasarkan pengetahuan dalam membuat kad ucapan tersebut.
TUJUAN
Kelas mencipta props sempena kemerdekaan Negara yang ke - 60 tahun diadakan untuk meningkatkan semangat kemerdekaan dan rasa cintakan Negara di dalam para peserta. seramai 10 peserta yang menyertai kelas ini.
AKTIVITI
Sepanjang Kelas diadakan para peserta di ajarkan cara untuk mencari gambar yang berformatkan png dan beza antara format gambar png dan jpeg. kefahaman para peserta bertambah dengan penjelasan daripada tenaga pengajar apabila diakhir kelas akan diadakan sesi soal jawab mengenai kefahaman para peserta semasa kelas berlangsung.