USAHAWAN KECIL ONLINE SEPENUH MASA
LATAR BELAKANG
Pn Yana adalah seorang ahli Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Merchang yang sedang meningkat naik sebagai seorang usahawan online sepenuh masa dengan membuat pengiklanan di laman facebook dengan menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan melalui Ds THE BEAUTY HACKS.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi
Penglibatan beliau di PEDi adalah sejak dari awal 2014 lagi sehingga kini Beliau banyak mengikuti kelas yang dijalankan oleh pihak PEDi dalam membantu beliau dalam mengusahakan perniagaan beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Melalui kelas KPBU, Kelas INTEL, Dashboard dan kelas ict yang beliau ceburi dapat meningkatkan ilmu beliau dalam mengatasi masalah di kedai beliau. Beliau mula pandai merekod akaun keluar dan masuk dan juga mempromote barangan beliau di facebook. Beliau juga banyak mempromote jualan beliau dalam Facebook.
USAHAWAN CATERING AISKRIM KEMAMAN,DUNGUN,MARANG,K.TRG
LATAR BELAKANG
En. Hafiz adalah seorang ahli pusat ekonomi digital kg pantai merchang yang sedang meningkat naik sebagai seorang usahawan catering aiskrim sebagai side income beliau.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Penglibatan beliau di PEDi adalah sejak dari awal 2009 lagi sehingga kini Beliau banyak mengikuti kelas yang dijalankan oleh pihak PEDi dalam membantu beliau dalam mengusahakan perniagaan beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Selepas penglibatan beliau di pusat ekonomi digital beliau mempromote perkhidmatan beliau melalui facebook dan watsapps. beliau juga semakin mahir dalam membuat poster dan banner untuk mempromosikan catering aiskrim beliau dan kini pendapatan beliau semakin meningkat.
LATAR BELAKANG
Muhammad Haikal adalah seorang ahli PEDi pada tahun 2015 yang masih setia megunjungi PEDi hingga sekarang. Beliau adalah seorang pelajar di sekolah kebangsaan menengah merchang yang mengambil jurusan PSV. Bagi beliau it merupakan kepentingan sebelum menjejakkan kaki ke menara gading kerana beliau suka belajar daripada asasnya lagi. Pada setiap kelapangan beliau akan hadir ke PEDi untuk membuat carian mengenai kerja kursus beliau dan juga mempelajari cara-cara penulisan menggunakan computer. Sehingga kini beliau masih mengunjungi PI dan membawa kawan-kawan beliau bersama-sama untuk mengenal it.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Pada permulaannya saya kurang tertarik dengan ICT tetapi apabila berkunjung ke PEDi telah membuka mata saya mengenai apa itu ICT yang sebenar dan saya banyak menghadirkan diri ke kelas ICT yang dijalankan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Dahulunya minat sekarang saya telah pandai menggunakan software-software yang baru dalam meningkatkan kemahiran IT saya. Dahulunya pengetahuan IT hanya asas sahaja dan sekarang banyak memasuki kelas di Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Merchang dan ianya amat membantu dalam menyelesaikan tugas harian seperti mencari bahan pembelajaran dalam internet dan juga mengunakan MS dalam presentation di sekolah.
BELAJAR ADOBE PHOTOSHOP, EDITING DAN MS OFFICE
LATAR BELAKANG
Muhammad Syawal bin Abdullah adalah seorang ahli PEDi yang baru dan masih setia megunjungi PEDi hingga sekarang. Perubahannya dahulu menurut beliau masih kosong mengenai it dan computer tetapi apabila sudah mengambil kelas dan sentiasa berada dekat dengan computer dan mencari maklumat mengenai kemusykilan yang ada beliau semakin memahami dan medalami kemahiran it.beliau sentiasa menanyakan permasalahan dalam ICT.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Pada permulaannya saya kurang tertarik dengan ICT tetapi apabila berkunjung ke PEDi telah membuka mata saya mengenai apa itu ICT yang sebenar dan saya banyak menghadirkan diri ke kelas ICT yang dijalankan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Dahulunya minat sekarang menjadi hobi bagi saya untuk menggunakan software-software yang baru dalam meningkatkan kemahiran IT saya. Apabila PEDi Kg Pantai Merchang sudah direnovatkan pelbagai software baru yang di ajar kepada saya dan komuniti setempat sehinggakan saya mengangap ianya sebagai hobi masa lapang saya untuk membuat pelbagai poster mengikut kreativiti yang telah diajar kepada saya. Saya juga suka memasuki kelas editing kerana dapat belajar perkara yang baru.
LATAR BELAKANG
En Ehsan adalah seorang usahawan madu lebah kelulut yang mempunyai cita-cita tinggi dalam mempromosikan madu lebah kelulut beliau di serata tanah air. Beliau bermula dengan minat kerana sekitar 15 tahun yang lalu beliau adalah seorang pecari madu lebah tualang. Sejak dari itu beliaumenyimpan miant untuk membuka sebuah galeri madu lebah yang dihasilkan oleh lebah kelulut yang diusahakan oleh beliau sendiri. Sehingga dia telah menjumpai tempat yang strategic dimana ianya berada di kampung jambu bongkok yang sekitarnya dipenuhi dengan pokok-pokok akasia yang dapat menarik minat lebah-lebah untuk mencari madu. Semenjak dari itu beliau telah menubuhkan sebuah galeri Big BEE Honey yang dari pandangan hadapan diletakkan seekor lebah yang besar bagi menarik minat pelawat yang datang ke tempat beliau
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Penglibatan beliau di Pi adalah masih baru iaitu pada 2018 semasa beliau ingin menggunakan komputer di PEDi.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Melalui kelas ict, intel dan program yang diceburi dapat meningkatkan ilmu beliau dalam membantu mempromosi produk Big BEE Honey beliau. Beliau telah pandai menggunakan platform laman social facebook untuk mempromosi barangan beliau di facebook.