AZMEL1

 

LATAR BELAKANG

Mohamad Khairul Azmel Bin Mohd Yusof adalah seorang ahli PEDi sejak tahun 2020 yang aktif dan kerap berkunjung ke PEDi. Beliau adalah seorang pelajar  di Sek Men Keb Merchang. Beliau mengunjungi PEDi apabila pulang dari sekolah dan beliau turut menyertai kelas yang dibuat oleh PEDi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum kedatangan beliau ke PEDi, beliau hanya berkunjung sebagai pelawat untuk menggunakan perkhidamatan fotostat tetapi apabila beliau tahu adanya kelas computer di PI beliau ingin menjadi sebahagian ahli PI untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam IT.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Pada setiap hari jika beliau ada kelapangan, beliau akan berkunjung ke PEDi untuk mencari info dan maklumat di komputer dan memasuki kelas-kelas yang di anjurkan di PEDi.

SYAFIQ

 

LATAR BELAKANG

Muhammad Syafiq adalah seorang ahli baru di PEDi. Beliau adalah seorang anak kampung merchang yang Berjaya melanjutkan pelajaran ke  UITM Seri Iskandar Perak. Beliau selalu ke PEDi apabila cuti semester dan akan meluangkan masa beliau di PEDi untuk meningkatkan ilmu IT beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Diawal semasa beliau mula mengenali PEDi beliau hanya seorang pelajar sekolah menengah yang datang untuk membuat kerja kursus.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Selepas beliau mengikuti pelbagai kelas yang telah dibuat di PEDi, beliau banyak menunjukkan peningkatan dalam membuat assignment dan mencari bahan dalam online untuk melengkapkan pembentangan subjek fakulti beliau

AIDIL

 

LATAR BELAKANG

En.Aidil adalah seorang usahawan yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Beliau memulakan bisnes catering aiskrim selepas meletak jawatan dengan bekerja di Kuala Lumpur dan berpindah ke kampung untuk menjadi usahawan sepenuh masa. Dengan kegigihan beliau pelbagai produk yang telah dihasilkan melalui syarikat ideal aiskrim beliau seperti doorgift coklat dan popcorn serta menjual paket soft aiskrim di shopee dan  fb. Beliau juga mendapat pertolongan daripada jabatan RISDA dan Lembaga KOKO Malaysia.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini En Aidil hanyalah datang sebagai pelawat sahaja kerana menggunakan khidmat fotokopi dan print. Tetapi apabila beliau sendiri terpanggil untuk memasuki kelas-kelas usahawan dan kelas editing produk untuk beliau meningkatkan jualan beliau di online. Beliau telah menjadi ahli PEDi pada 13 Ogos 2022.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau banyak menunjukkan minat apabila beliau telah memuatnaik pelbagai gambar produk beliau ke laman fb,Instagram dan shopee beliau setelah memasuki kelas-kelas yang diadakan di PEDi.Jumlah pendapatan jualan melalui shopee  meningkat naik sehingga mencecah RM5000.00 sebulan dan beliau telah memenangi pertandingan Usahawan Baru Digital yang dianjurkan PEDi.

ADA

 

LATAR BELAKANG

Wan Nur Adawiyah adalah salah seorang Sukarelawan MIV Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Merchang serta salah seorang mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Disebabkan Pandemik COVID-19 semua aktiviti-aktiviti telah di hadkan dan di tutup begitu juga Universiti. Para pelajar menggunakan system online untuk berkomunikasi dengan pensyarah dalam semua subjek yang diambil. Adawiyah juga telah datang ke PEDi untuk menggunakan Internet dan belajar aplikasi online traineer dan juga beliau telah menjadi salah seorang ahli sukarelawan MIV PIK.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Pada setiap hari jika beliau ada kelapangan, beliau akan berkunjung ke PEDi untuk mencari info dan maklumat di computer dan memasuki kelas-kelas online yang beliau harus mengambil bahagian. Beliau juga sudah mempunyai akaun jualan  lazada untuk menambah pendapatan beliau sebagai seorang pelajar serta telah mengikuti kelas-kelas suntingan video yang telah di ajar di PEdi.

ADAWIYAH

 

LATAR BELAKANG

Adik Adawiyah adalah seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa.Walaupun tugas sebagai seorang pelajar tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang usahawanita yang berjaya. Beliau menjual produk pewangi AMSHA di social media seperti Facebook, Shopee dan juga LAZADA.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Kedatangan beliau sebelum ini hanyalah untuk menggunakan internet dalam membuat kerja-kerja pembelajaran beliau. Tetapi apabila beliau mengetahui adanya kelas untuk usahawan yang selalu diadakan di PEDi beliau telah berminat untuk belajar cara editing foto dan video untuk di muat naik di media social.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini beliau hanya mengambil gambar produk tanpa memikirkan composition dan warna. Tetapi apabila mengikuti kelas di PEDi beliau pandai meletakkan produk pada kedudukan yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk beliau.