mila

 

LATAR BELAKANG

Beliau adalah seorang pelajar masakan KEMAS Merchang yang mempunyai sijil SKM tahap 2 dalam bidang pastry. Dengan kemahiran yang beliau ada beliau telah Berjaya menarik para pelanggan beliau dengan aneka jenis jualan kuih muih dan kek di online mahupun di pusat masakan kemas merchang.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Penglibatan beliau di Pi adalah telah lama iaitu pada 2015  semasa beliau ingin menggunakan komputer di PEDi.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Melalui kelas ict, intel dan program yang diceburi dapat meningkatkan ilmu beliau dalam membantu mempromosi produk makanan beliau. Beliau telah pandai menggunakan platform laman social facebook untuk mempromosi barangan beliau di facebook.

atikah

 

LATAR BELAKANG

Nurul Atikah  adalah seorang ahli PI pada tahun 2010 yang masih setia megunjungi PEDi hingga sekarang. Beliau adalah graduan dari kolej Cosmopoint kuala Terengganu yang mengambil jurusan setiausaha dan sekarang bekerja sementara di hoter permai kuala Terengganu sebagai cashier. Perubahannya dahulu menurut beliau masih kosong mengenai it dan komputer tetapi apabila sudah mengambil kelas dan sentiasa berada dekat dengan computer dan mencari maklumat mengenai kemusykilan yang ada beliau semakin memahami dan medalami kemahiran it.beliau sentiasa menanyakan permasalahan dalam ICT.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Pada permulaannya saya kurang tertarik dengan ICT tetapi apabila berkunjung ke PEDi telah membuka mata saya mengenai apa itu ICT yang sebenar dan saya banyak menghadirkan diri ke kelas ICT yang dijalankan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dahulunya minat sekarang saya telah pandai menggunakan software-software yang baru dalam meningkatkan kemahiran IT saya. Dahulunya pengetahuan IT  hanya asas sahaja dan sekarang  banyak memasuki kelas di Pusat Internet Kg Pantai Merchang dan ianya amat membantu dalam menyelesaikan tugas harian  seperti mencari bahan pembelajaran dalam internet.

SIDEK1

 

LATAR BELAKANG

Aminullah adalah seorang yang bercita-cita tinggi, dengan modal yang ada beliau telah membuka sebuah kedai menjual peralatan rokok eletrik yang sedang mendapat permintaan yang hangat di masa kini. Beliau juga menjual ayam golek sebagai pendapatan sampingan dan meletakkan barangan jualan beliau seperti rempah ayam madu di Pusat Ekonomi Digital untuk meningkatkan permintaan jualan beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum beliau mengenal PEDi, Beliau hanya membuat di kedai-kedai printing tetapi apabila beliau telah datang ke PEDi beliau telah di ajarkan cara untuk membuat sendiri logo, banner dan poster untuk mengiklankan produk beliau sendiri dengan idea beliau sendiri.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Melalui kelas ict yang diceburi dapat meningkatkan ilmu beliau dalam membantu mempromosi produk makanan beliau. Beliau telah pandai menggunakan platform laman social facebook untuk mempromosi barangan beliau di facebook.

AMIRIN

 

LATAR BELAKANG

Pn Erin beliau seorang usahawan yang baru, beliau memulakan langkah dengan menjual produk sendiri dan dinamakan sabun Goji. Pelbagai cara yang beliau gunakan untuk mempromosikan sabun Goji dikalangan masyarakat setempat dan juga online. Beliau tidak patah semangat apabila kurang permintaan daripada masyarakat. Apabila beliau mula membuat promosi di dalam online dan juga di page beliau semakin ramai pelanggan beliau dan ada yang telah menjadi dropship untuk menjual produk beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI

Beliau kurang pengetahuan dalam mengendalikan page di fb dan datang ke pim untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

page facebook beliau sudah diwujudkan dan pelbagai gambar mengenai produk beliau dimasukkan dan promosi-promosi di buat untuk menarik perhatian para pelanggan khususnya masyarakat sekeliling.

BAHARUM

 

LATAR BELAKANG

En.Baharum adalah seorang ahli PEDi sejak tahun 2015 yang aktif dan kerap berkunjung ke PEDi. Beliau adalah seorang pengawal di Sek Men Keb Merchang. Beliau mengunjungi PEDi apabila pulang bekerja dan beliau turut menyertai kelas yang dibuat oleh PEDi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum kedatangan beliau ke PEDi, beliau hanya berkunjung sebagai pelawat untuk menggunakan perkhidamatan fotostat tetapi apabila beliau tahu adanya kelas komputer di PEDi beliau ingin menjadi sebahagian ahli PEDi untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam IT.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Pada setiap hari jika beliau ada kelapangan, beliau akan berkunjung ke PEDi untuk mencari info dan maklumat di komputer dan memasuki kelas-kelas yang di anjurkan di PEDi.